Sunday, May 16, 2010
Sajak keluar Daily Express pada 16.05.2010, terima kasih kepada semua yang terlibat
Walaupun ada sedikit perbezaan atau editing tetapi sebagai sajak yang pertama keluar newspaper, saya perlu merasa gembira. Lebih-lebih lagi nama saya tertulis.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga ini menjadi perangsang untuk berusaha lebih giat lagi.
Sunday, February 21, 2010
Pengenalan Diri Secara Ringkas
Salam Pembuka Bicara
Demi Tuhan pencipta langit dan bumi, saya bersyukur atas rahmatNya sehingga publishnya blog ini...
Blog ini disiapkan untuk tujuan novel dan latihan penulisan. Blog ini akan jadi gelanggang saya menulis...
Banyaknya novel di kedai-kedai buku membuatkan kita dengki dan berfikir kalaulah salah satu buku yang ada di rak-rak jualan adalah buku karya kita sendiri.
Blog ini dicreate dengan tujuan apabila saya menulis novel sebenar, karya itu tinggi standard kualiti, mudah dikenali, dipercayai pembaca dan cepat terjual. Banyak novel dipasaran yang laku keras dan yang tidak terjual pun banyak juga. Jadi, tentulah saya mahu hasil yang positif-positif sahaja.
Kepada para pembaca blog ini, saya menantikan teguran dan tunjuk ajar dari anda dengan tujuan dapat memperbaiki mutu persembahan setiap posting yang diterbitkan nanti. Tegurlah kosa kata saya, tegurlah ayat yang salah subjek dan predikat, tegurlah yang patut ditegur.
Saya hanya ada kamus DBP edisi ke-4 sebagai rujukan menulis dan lama dahulu saya menjadi salah seorang newsletter di blog www.universitipts.com. Dalam beberapa komen saya di blog para sahabat di Semenanjung, ayat saya hampir tidak difahami mereka. Kata mereka, BM saya lemah.
Saya bersekolah di sebuah sekolah menengah di pedalaman Sabah, saya menyedari rupanya saya tidak bersungguh-sungguh sangat semasa saya di tingkatan 1 hingga 5. Saya tidak melanjutkan ke tingkatan 6 atau diploma selepas itu atas alasan paling kuat iaitu mahu cari kerja konon.
Kepada sesiapa yang mengetahui dimana saya boleh dapatkan tuisyen hal menulis dengan cara yang betul di sekitar Kota Kinabalu, anda boleh sarankan kepada saya. Tujuannya kelak ialah: Demi karya untuk sastera Malaysia.
Sekian, salam hormat untuk semua.

Subscribe to:
Posts (Atom)